Mindset terhasil dari gabungan dua perkataan iaitu ‘mind’ dan ‘set’.
Mind adalah perkataan inggeris bermaksud minda dalam bahasa Melayu. Perkataan ‘set’ bermaksud tetapan.
Mindset bermaksud tetapan minda. Ia adalah jenis setting yang Anda tetapkan pada minda Anda.
Sebagai contoh, jika setting mindset Anda adalah rajin, maka Anda akan jadi orang rajin.
Jika setting mindset Anda adalah malas, maka Anda akan jadi orang malas sebab Anda merasa malas.
Jenis tetapan (setting) yang Anda dah buat pada minda Anda, itulah yang akan jadi realiti.
Seperti mana Anda bebas mengubah tetapan (setting) pada handphone Anda, samalah juga dengan minda Anda. Anda boleh tetapkan setting minda Anda kepada setting yang Anda mahu, yang Anda rasakan selesa menggunakannya.
Sebenarnya, mindset adalah attitude Anda, iaitu sikap Anda.
Setiap dari kita membuat setting pada minda masing-masing tanpa di sedari. Sebabnya, tidak tahu bagaimana minda bekerja. Kadang2, tidak terfikir untuk mahu tahu bagaimana minda bekerja.
Minda bekerja mengikut fikiran kita. Fikiran kita pula dipengaruhi oleh hati.
Hati dipengaruhi oleh emosi.
Dalam masyarakat kita, bagaimana hati seseorang begitulah juga dengan mindsetnya. bagaimana rupa mindsetnya, gitulah juga rupa hatinya.
Untuk melatih diri Anda menjadi insan bermindset ke arah kecemerlangan, terlebih dahulu Anda kena kemudi hati Anda. Hati mesti bersih, maksudnya Anda kena belajar bagaimana jadi orang baik, bagaimana jadi insan pemaaf dan bagaimana bersangka baik.
Tidak boleh ada sikap riak, berbohong, memandang rendah dan pemarah.
Mindset Anda dipengaruhi oleh pergaulan dengan orang-orang di sekitar Anda iaitu kawan-kawan Anda, ibu bapa, adik-beradik, rakan sekerja. Mindset Anda mudah dipengaruhi oleh sesiapa saja yang kerap berinteraksi dengan Anda.
Camna mereka, camtu jugalah Anda.
Anda akan menyerupai mereka simply sebab gelombang minda mereka masuk ke minda Anda, turun ke hati lalu mempengaruhi fikiran Anda. Perkataan-perkataan yang mereka ucapkan akan mempengaruhi Anda serta-merta tanpa Anda sedari.
Mindset adalah perkataan-perkataan yang Anda ucapkan, kemudian masuk ke minda Anda. Setiap perkataan yang Anda ucapkan,yang Anda nampak, yang Anda baca, yang Anda fikirkan, yang Anda ingati dan yang Anda bayangkan memberi impak tertentu kepada minda Anda.
Untuk membina mindset cemerlang sama seperti orang yang sememangnya cemerlang, Anda kena ubah mindset Anda sekarang ini. Tukar...:)
Upgrade mindset Anda. Andai kata dulu mindset Anda adalah mindset jadi orang rajin, kali ni ubah mindset tu kepada mindset nak jadi orang lebih rajin, dua kali ganda lebih rajin dari rajin yang dulu.
Katakan pada diri Anda, Anda mahu jadi orang rajin. Ulang-ulangkan perkataan ini, ucapkan di dalam hati: “saya mau jadi orang rajin” selepas tu berlakonlah jadi orang rajin. Lama-kelamaan Anda akan terbiasa jadi orang rajin, bahkan sikap rajin itu menjadi sikap yang Anda biasa, diserap oleh diri Anda tanpa Anda sedari.
Jangan lawan kemalasan, sebaliknya jadilah orang rajin.
Jangan nak jadi cemerlang sebab nak tunjuk pada orang, sebaliknya jadilah orang cemerlang sebab Anda nak cabar diri sendiri mencapai tahap lebih bagus dari tahap sekarang ini.
walaupun belum habis baca tapi ia sangat menarik... akan membaca n aplikasi nnti... ty
ReplyDeletety sebab luangkan masa untuk membaca.. :)
Delete