Monday, September 3, 2012

Adakah Kita Seperti yang Dilihat?

Betul seperti apa yang selalu orang cakap... kita tidak sepatutnya menilai seseorang berdasarkan apa yang kita lihat. maksudnya kita tidak dapat mentafsir seseorang hanya dengan melihat luaran atau penampilan orang tersebut.. tapi inilah yang selalu berlaku, kita sering menilai orang berdasarkan apa yang kita lihat. Terlalu cepat memberikan tanggapan awal kepada seseorang berdasarkan apa yang kita nampak. Apa yang lebih membuatkan perkara ini tidak baik adalah biasanya tanggapan awal yang diberikan bersifat negatif..

Saya selalu juga terfikir kenapa kita perlu menilai orang lain yang kita jumpa? Terutama jika penilaian yang dibuat tanpa asas yang kukuh, atau lebih tepat lagi dibuat berdasarkan luaran seseorang, iaitu berdasarkan apa yang kita nampak. Biasanya apa yang terzahir pada luaran tidak mencerminkan peribadi sebenar seseorang. Bak kata orang putih, "Don't Judge a Book by its Cover".... :)

Kita fikir2 kan la.. mungkin lebih baik jangan terlalu awal membuat penilaian terhadap seseorang, terutama jika penilaian yang dibuat boleh menjejaskan hubungan yang mungkin bakal terjalin. Ini boleh merugikan kita juga terutama jika ingin menjalinkan hubungan bisnes dengan orang lain. Sangat perlu berhati2 tetapi biar berasas... :)

No comments:

Post a Comment