Friday, September 7, 2012

Apa Nak Jadi?

hai... baru dpt post balik...:-) emm... baru-baru ni saya mengunjungi sebuah kedai menjual HP dan aksesori untuk meninjau2 harga HP yg ada.. kalau x silap ada 3org pekerja wanita bertugas di kedai tersebut. salah seorang bertanya tentang model HP yg saya cari, namun saya memberitahu bahawa saya akan panggil sekiranya memerlukan bantuan.

sambil melihat2 HP2 yg ada, saya terdengar salah seorang dari pekerja tersebut dengan yakin dan jelas berkata, " saya mau jadi tomboy la, malas sudah mo jadi pempuan, bikin sakit hati ja..." dan ada beberapa ayat lagi yg diucapkan tapi ayat yang ni ja yg sangat jelas dan saya ingat. aduh... punya lah senang dia cakap kan. sudah bagus2 Tuhan jadikan dia sebagai seorang perempuan yang pada saya secara luarannya sempurna, tapi masih tidak bersyukur...

apa nak jadi lah dengan org mcm ni. saya x pasti pula atas alasan apa dia bercakap begitu, tapi kalau ikutkan kewarasan saya, walau apa pun berlaku, kita tidak sepatutnya mengatakan sesuatu seperti itu kerana sepertinya menidakkan kurniaan Tuhan. sepatutnya kita harus bersyukur kerana diberikan peluang untuk hidup di dunia yg sementara ini... PEACE....

No comments:

Post a Comment