Anda mau cari tips bagaimana supaya sentiasa bersemangat?
Setiap dari kita pasti ada masalah tersendiri. Setiap orang ada masalah masing-masing.
Untuk menjadikan diri kita sentiasa bersemangat, jangan pandang kepada masalah-masalah yang kita lalui.
Kita akan rasa ‘down’ pula nanti.
Pandanglah kepada penyelesaian masalah.
Caranya, tanya diri kita “macamana mau selesaikan masalah saya ni?
Ataupun, tanya diri Anda berulang-ulang dengan soalan “macamana mau selesaikan masalah ni?
Bertanya diri sendiri dengan soalan berkaitan dengan cara bagaimana menyelesaikan masalah akan membuat minda separa sedar anda bekerja keras memberikan Anda idea-idea untuk Anda menyelesaikan masalah.
Berbagai idea, saranan, ilham atau gerak hati akan timbul selepas itu.
Anda kena tenang. Cool. Calm down. Tenangkan diri setenang yang boleh.
Kenapa? Lebih banyak idea, saranan dan ilham akan timbul selepas itu.
Idea, saranan, ilham dan gerak hati ini boleh digunakan sebagai panduan untuk menyelesaikan masalah.
Ingat, elak memikir masalah.
Elak mengomen masalah.
Elak merasa sakit hati sebab dilanda masalah.
Tapi tumpukan fikiran 100% sepenuhnya kepada penyelesaian masalah.
Keajaiban akan berlaku selepas itu....
No comments:
Post a Comment