Sunday, September 9, 2012

Cara Pantas Bagaimana Untuk Hadirkan Motivasi

Motivasi terbina apabila Anda merasa bersemangat mahu mencapai sesuatu.

Sesuatu yang dimaksudkan adalah matlamat, azam, target, kemahuan, cita-cita, iltizam, impian atau tahap pencapaian yang mahu digapai.

Untuk membina motivasi caranya fikirkan selalu apa yang Anda mahu capai. Fikirkan apa yang Anda perlu buat, bukan yang Anda mahu capai.

Semasa memikirkan apa yang Anda mahu capai itu, hadirkan rasa seronok.

Seronok yang cemana?

Seronok yang dirasai tatkala memikirkan makanan kegemaran Anda.

Elak merasa tertekan tatkala memikir matlamat, sebab motivasi anda akan menurun serta merta. Rasailah keseronokan Anda ada peluang untuk mencapai impian Anda itu.

Ya, matlamat penting, tapi proses ke arah matlamat jauh lebih penting. Elak hanya berfikir, banyakkan tindakan.

Tapi awas! Anda perlu berhati-hati di sini.

Gunakan prinsip fikir dan buat.

Kami di iMotivasi memanggil prinsip itu sebagai F & B (Fikir Dan Buat).

Fikir dan buat maksudnya Anda fikir dulu strategi, tulis di atas kertas, fahami kemudian buat. Bertindaklah mengikut strategi.

Minda akan lebih ampuh kuasanya apabila kerap digunakan. Begitu juga otot di badan Anda.

Gunakanlah minda selalu dengan membayangkan apa yang Anda mahu capai. Bayangkan impian-impian Anda selalu supaya Anda merasa bersemangat sentiasa.

Otot yang kuat adalah otot yang banyak digunakan. Otot yang lembik adalah otot yang jarang digunakan (atau mungkin tidak digunakan langsung!).

Makin digunakan, makin digerakkan, makin di ‘push’ otot tu maka akan jadi kenyal dan kentallah ia.

Begitu juga minda.

Makin banyak Anda gunakan minda untuk memerah idea, makin powerlah minda Anda.

Dari situ, minda akan mampu memberi idea-idea spontan dalam keadaan tersedesak. Minda Anda akan mampu memikirkan strategi unik yang tidak pernah difikirkan

oleh orang lain.

Jangan malu untuk jadi orang ada motivasi.

Jangan malu untuk pamerkan motivasi dalam diri Anda.

Ubah percakapan Anda, ubah gaya Anda, pamerkan yang bersemangat selalu.

Berlakonlah jadi orang bersemangat.

Lakukan setiap hari, lama-kelamaan Anda akan jadi orang bersemangat tanpa Anda sendiri menyedari, sebab rasa bersemangat jadi sebati dengan Anda.

No comments:

Post a Comment